Geografi T1

BAB 1 - KEDUDUKAN








__________________________________________________________________________________


BAB 2 - ARAH

1. Arah digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat.

2. Arah dapat ditentukan berpandukan:

(a) arah matahari terbit dan terbenam;
(b) bintang-bintang pada waktu malam;
(c) arah mata angin kompas.

3. Arah mata angin utama dalam kompas megnetik ialah utara(U),timur(T), selatan(S), dan barat(B).

4. Arah mata angin perantaraan antara empat arah mata angin utama termasuklah:

(a) timur laut, iaitu antara utara dengan timur;
(b) tenggara, iaitu antara timur dan selatan;
(c) barat laut, iaitu antara utara dan barat;
(d) barat daya, iaitu antara barat dengan selatan.

5. Untuk menentukan arah mata angin dengan berpandukan matahari, tangan kanan bolehlah dihalakan ke arah matahari terbit. Dengan berbuat begitu, seseorang akan menghadao ke utara, dibelakangnya selatan, tangan kiri menunjuk ke arah barat dan tangan kanan menunjuk ke arah timur.

6. Arah mata angin dapat ditentukan dengan lebih mudah dengan menggunakan kompas magnetik.

7. Kompas ialah sejenis alat yang dibuat daripada logam. Jarumnya dibuat daripada magnet.

8. Jarum kompas magnetik sentiasa menunjuk ke arah utara akibat tarikan magnet dan Kutub Utara Bumi.

9. Panduan menggunkan kompas di lapangan:

(a) Pilih satu titik rujukan.
(b) Letakkan kompas magnetik pada permukaan yang rata.
(c) Pastikan tiada besi atau magnet yang memesongkan jarum.
(d) Orientasikan kompas, pusingkan kompas magnetik ke huruf U dan bertindan dengan jarum.
(e) Tentukan arah objek.


__________________________________________________________________________________


BAB 3 - SKALA DAN JARAK












1. Skala digunakan untuk menentukan jarak antara dua tempatdalam peta.
2. Skala adalah nisbah atau kadar jarak dalam peta atau pelan sebagai ganti jarak yang sebenarnya di permukaan bumi.
3. Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam bentuk garisan.
                  Contohnya:
    1 sentimeter mewakili 3 kilometer pada permukaan bumi.

4. Jarak ialah jauhnya antara dua tempat. Jarak dapt diukur daripada segi:
(a) jauh;
(b) masa;
(c) kos.

5. Jarak dapat dinyatakan daripada segi:
(a) jarak mutlak, iaitu jarak yang diukur dalam unit meter (m) atau kilometer (km);
(b) jarak relatif, iaitu jarak yang diukur daripada segi masa dan kos.

6. Jarak daripada segi masa dinyatakan dalam jam dan minit, manakala jarak daripada segi kos dinyatakan dalam unit ringgitdan sen.


__________________________________________________________________________________


BAB 4 - GRAF




IN PROGRESS




__________________________________________________________________________________


BAB 5 - PETA




IN PROGRESS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan