Geografi T2 (BAB 4,5,6)

Bab Graf

Graf ialah bentuk grafik yang menunjukkan pertalian di antara satu variabel (pemboleh ubah) dengan variabel yang lain. Graf mempersembahkan maklumat dan data secara menarik, jelas dan tepat. Terdapat pelbagai jenis graf, contohnya graf bar mudah, graf garisan mudah, graf bar berganda, graf garisan berganda, graf gabungan dan graf majmuk
Dalam bab ini, anda akan mempelajari graf bar berganda dan graf garisan berganda. Graf bar berganda terdiri daripada beberapa pasangan atau kumpulan bar yang mengandungi maklumat berlainan. Contoh seperti Graf 1 di sebelah.




Rajah 1 : Graf Bar Berganda
Graf garisan berganda terdiri daripada dua atau lebih garisan. Garisan-garisan ini menyambung kan titik-titik yang ditandakan dalam graf. Titik-titik ini mempunyai nilai yang berlainan. Contohnya  graf garisan berganda yang menunjukkan Min suhu bulanan Tokyo dan Kuala Lumpur (rujuk Graf 2 di bawah).


Rajah 2 : Graf Garisan Berganda
Untuk menghasilkan graf, anda boleh mengikut langkah-langkah berikut:
  • Mengumpul maklumat dan data.
  • Merekod maklumat dan data dengan teratur.
  • Membina jadual.
  • Melukis graf.

Graf Bar Berganda


Ciri-ciri graf bar berganda ialah:
  • Terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 bar. 
  • Tiap-tiap bar mewakili satu set data yang tertentu. 
  • Memudahkan perbandingan. 
  • Petunjuk yang jelas diperlukan. 
Kaedah melukis graf bar berganda.
  • Lukis paksi menegak dan paksi melintang. Paksi melintang biasanya mewakili nilai tetap seperti tahun dan paksi menegak adalah nilai berubah.
  • Pilih skala yang sesuai dan tandakan di kedua-dua paksi.
  • Pilih saiz bar yang sesuai. Semua bar mesti bermula pada nilai 0 di paksi melintang.
  • Lukis bar yang terpanjang dahulu diikuti dengan lain-lain bar. Bar-bar tersebut mesti dilukis dengan rapat tanpa diselang.
  • Warna atau lorekkan bar-bar yang telah dilukis.
  • Sediakan petunjuk.
 Tajuk : Jumlah Pelajar Sekolah SMK Dato' Seri Wan Mohamed, 2002 – 200

Tahun
 Lelaki
Perempuan 
Jumlah
2002
623 
434
1057
2003
569
456
456
2004
573
479
1052
2005
492
560
1052
2006
440
650
1090
Jumlah Pelajar Sekolah SMK Dato' Seri Wan Mohamed, 2002 – 2006
Tafsiran
  • Pada tahun 2002, jumlah pelajar di SekolahSMK Dato' Seri Wan Mohamed  ialah seramai 1057 orang. 
  • Pada tahun 2003, jumlah pelajarnya berkurangan sebanyak 32 orang menjadikan bilangannya seramai 1025 orang. 
  • Pada tahun 2004, pelajar bertambah sebanyak 27 orang menjadikan bilangannya seramai 1052 orang. 
  • Bilangan seramai 1052 orang berkekalan sehingga ke tahun 2005. 
  • Berbanding dengan pelajar lelaki, didapati pelajar perempuan bertambah dari setahun ke setahun. Pertambahan yang paling banyak sekali ialah antara tahun 2004 – 2005 iaitu sebanyak 81 orang.  
  • Pengurangan yang paling besar bagi pelajar lelaki ialah antara tahun 2004 – 2005 iaitu sebanyak 81 orang

Graf Garisan Berganda


Ciri-ciri utama graf garisan berganda ialah:
  • Terdiri daripada dua atau lebih garis.
  • Setiap garis mewakili satu set data yang tertentu.
  • Berguna untuk membuat perbandingan antara dua atau lebih set data.
Langkah-langkah melukis graf garisan berganda.
  • Lukis paksi menegak dan paksi melintang.
  • Tentukan nilai di paksi menegak dan paksi melintang. Nilai tetap selalunya ditulis di paksi melintang dan nilai berubah di paksi menegak.
  • Pilih skala yang sesuai bagi mewakili keluaran hasil pertanian di paksi menegak. Di paksi melintang tahun ditulis pada jarak yang bersesuaian.
  • Tandakan pangkah-pangkah kecil di atas kertas graf. Mulakan dengan padi kerana padi merupakan nilai yang terbesar.
  • Sambungkan tanda-tanda pangkah tersebut dengan satu garisan.
  • Ulangi langkah-langkah di atas bagi melukis garisan yang mewakili jagung dan kelapa.
  • Warnakan atau lorekkan garis-garis tersebut dengan warna atau lorekan yang berbeza.
Contoh : Jadual dan graf garisan berganda.


Jadual menunjukkan eksport getah Malaysia ke
negara-negara terpilih 1990 - 1994
Negara
1990
1991
1992
1993
1994
China
150
120
250
330
350
India
130
80
150
270
250
Jepun
190
220
300
370
450


Tafsiran
  • Jepun merupakan pasaran eksport terbesar dan diikuti oleh China dan India.
  • Nilai eksport tertinggi pada tahun 1994 iaitu Jepun.
  • Nilai eksport terendah ialah India (1990).
  • Nilai eksport semakin meningkat.
  • Nilai eksport merosot pada tahun 1991 seperti di China dan India.
______________________________________________________________________________