BAB 1 - Kedudukan
Mengenal Latitud / Garis Lintang
Garis lintang adalah garisan-garisan yang dilukis secara selari di atas peta atlas dan glob. Garis lintang adalah sama panjang pada peta atlas dan membentuk bulatan selari yang semakin kecil ke arah kutub utara dan kutub selatan. Garis lintang diberi nilai darjah (° ) Utara atau Selatan. Garis lintang di Hemisfera Utara diberi nilai 1°U hingga 90°U manakala di Hemisfera Selatan diberi nilai 1°S hingga 90°S
Garis-garis lintang yang utama ialah:
GarisanKhatulistiwa ( 0° )
Garisan Sartan ( 23½°U )
Garisan Artik ( 66½°U )
Garisan Jadi ( 23½°S )
Garisan Antartik ( 66½°S )
Garisan lintang Khatulistiwa adalah garisan lintang yang terpanjang dan membahagikan bumi kepada dua hemisfera iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan.
Mengenal Longitud / Garis Bujur / Meridian
Garis longitud ialah garisan menegak yang dilukis dari kutub utara ke kutub selatan. Di atas peta, garis longitud dilukis selari dan sama panjang dari utara ke selatan. Di atas glob, garis longitud berbentuk separuh bulatan yang panjangnya adalah separuh lilitan bumi.Garis longitud yang melalui Pusat Penyelidikan Astronomi Di Raja di Greenwich, London diberi nilai 0°. Garis longitud ini dikenali sebagai Meridian Greenwich atau Meridian Pangkal. Terdapat sebanyak 360° garis longitud.
Garis longitud yang dilukis di sebelah timur Meridian Pangkal diberi nilai 1°T hingga 180°T, manakala garis longitud di sebelah barat Meridian Pangkal diberi nilai 1°B hingga 180°B. Oleh kerana bumi berbentuk sfera, jadi garis longitud 180°T dan 180°B adalah garisan yang sama. Garisan ini dikenali sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA ).
Menyata Dan Menentukan Kedudukan Sesuatu Tempat Berasaskan Latitud Dan Longitud
Persilangan garis latitud dan garis longitud digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat. Apabila menyatakan kedudukan, nilai garis latitud dinyatakan terlebih dahulu diikuti nilai garis longitud. Bagi mendapatkan kedudukan yang lebih tepat, setiap darjah (°) dibahagikan kepada 60 minit ( ‘ ).
Nama Tempat | Garis Latitud | Garis Longitud |
Kudat | 6° 54’U | 116° 51’T |
Tuaran | 6° 10’U | 116° 14’T |
Kota Belud | 6° 22’U | 116° 26’T |
Ranau | 5° 58’U | 116° 43’T |
Kota Kinabalu | 5° 40’U | 116°T |
Beufort | 5° 20’U | 115° 46’T |
Tenom | 5° 2’U | 115° 57’T |
Tawau | 4° 16’U | 117° 53’T |
Semporna | 4° 29’U | 118° 36’T |
Lahad Datu | 5° 6’U | 118° 20’T |
Sandakan | 5° 45’U | 118°T |
Mengira Waktu Tempatan
Garis longitud digunakan untuk mengira waktu. Waktu tempatan dikira dengan merujuk kepada waktu di Greenwich yang terletak di Meridian Pangkal ( 0° ). Oleh kerana bumi berputar dari barat ke timur, maka tempat di sebelah timur akan menerima cahaya matahari lebih dahulu daripada barat. Ini bererti waktu di timur mendahului waktu di sebelah barat.
Satu putaran bumi (360°) mengambil masa 24 jam.
Oleh itu dalam masa 1 jam bumi berputar melalui 360/24 = 15° garis longitud.
Dalam 1° garis longitud pula bumi mengambil masa 60/15 = 4 minit.
Jika waktu tempatan di Meridian Pangkal ialah 1 pagi pada 20 Oktober, apakah waktu tempatan di:
Bombay ( 73°T )
Buenos Aires ( 58°B)
Buenos Aires ( 58°B)
Waktu di Bombay ( 73°T )
Langkah-langkah
Cari perbezaan garis longitud 73°- 0° = 73°
Cari perbezaan masa 73 ÷15 = 4 jam 52 minit
Oleh sebab itu, waktu tempatan di Bombay
= 1.00 pagi + 4 jam 52 minit
= 5.52 pagi
Cari perbezaan masa 73 ÷15 = 4 jam 52 minit
Oleh sebab itu, waktu tempatan di Bombay
= 1.00 pagi + 4 jam 52 minit
= 5.52 pagi
Waktu di Buenos Aires ( 58°B )
Langkah-langkah
Langkah-langkah
Cari perbezaan garis longitud 58° - 0° = 58°
Cari perbezaan masa 58 ÷ 15 = 3 jam 52 minit
Oleh sebab itu waktu tempatan di Buenos Aires
= 1.00 pagi – 3 jam 52 minit
= 9.08 minit malam
Cari perbezaan masa 58 ÷ 15 = 3 jam 52 minit
Oleh sebab itu waktu tempatan di Buenos Aires
= 1.00 pagi – 3 jam 52 minit
= 9.08 minit malam
Waktu Piawai
-Waktu piawai ditentukan untuk mengelakkan terdapatnya waktu yang berlainan di sesuatu kawasan yang kecil. Biasanya setiap negara mempunyai satu sistem waktu piawai. Di Malaysia waktu piawai yang digunakan di seluruh negara adalah mengikut kedudukan garis bujur yang melalui Kuala Lumpur. Seluruh dunia dibahagikan kepada 24 zon waktu piawai dengan setiap zon waktu meliputi 15° garis longitud.
-Garisan Tarikh Antarabangsa GTA) ialah garis bujur 180° B/ 180°T.Garisan ini menjadi pemisah tarikh antara zon waktu barat dan zon waktu timur.
Hari baru bagi seluruh dunia bermula apabila garis bujur 180° mengalami keadaan tengah malam.Bagi mengelakkan kedudukan Kepulauan Fiji, Tonga, Aleutian dan New Zealand, GTA dilukis secara bengkang-bengkok.
-Terdapat selisih waktu selama 24 jam di sebelah menyebelah GTA.
Apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Australia ke kawasan di benua Amerika Selatan, dia akan ‘untung’ sehari. Sebaliknya, apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Amerika Selatan ke kawasan di benua Australia, dia akan ‘rugi’ sehari.

______________________________________________________________________________
BAB 2 -
Bearing ialah cara yang lebih tepat untuk menyatakan arah. Ia diukur dengan kiraan darjah (°). Terdapat dua cara untuk membaca, mengukur dan menyatakan bearing iaitu:
Bearing Bulatan Penuh / Bearing, Azimut / Bearing, Tentera / Bearing Bearing bulatan penuh adalah arah yang dinyatakan mengikut pusingan jam. Bacaan dan kiraan dimulakan dari 0° hingga 360°.
Kompas magnetik digunakan untuk mencari bearing sesuatu tempat semasa menjalankan kerja luar. Jangka sudut pula digunakan untuk mengukur bearing dalam peta. Semua ukuran sudut ikut arah pusingan jam bermula 0° hingga 360° .
Cara mengukur bearing azimut dapat ditunjukkan melalui rajah di bawah.Contoh pengiraan bearing sudutan :
Cari bearing puncak berketinggian 175 dari puncak berketinggian 254
Langkah-langkah :
1. Gunakan sebatang pembaris dan padankan nombor 0 pada rumah Devi.
2. Kemudian membaca nombor pada sekolah.
3. Jarak di atas peta darirumah Devi ke sekolah ialah 4.5 cm.
4. Untuk menukar jarak peta4.5 cm kepada jarak sebenar, letakkan pembaris pada skala lurus di bawah peta. Berdasarkan skala lurus itu, jarak sebenar di antara rumah Devi dengan sekolah ialah 4.5 km.
5. Kalau skala lurus seperti di bawah digunakan di atas peta, jarak di atas peta masih sama 4.5 cm, tetapi jarak sebenar sudah berubah.
______________________________________________________________________________
BAB 3 - SKALA DAN JARAK
Pengenalan
-Skala ialah nisbah antara jarak yang dilukis dalam peta dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.
-Skala membolehkan saiz kawasan tertentu dikecilkan supaya dapat dilukis pada peta. (Lihat rajah di sebelah)
-Terdapat tiga jenis skala yang biasa digunakan dalam peta, iaitu skala lurus, skala penyata, dan pecahan wakilan.
Mengukur Jarak Di Antara Dua Tempat Pada Peta Dengan Menggunakan Skala Lurus
Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam beberapa unit yang sama jaraknya dalam satu garisan lurus. Unit-unit di sebelah kiri skala lurus penuh dibahagikan kepada pecahan lebih kecil supaya jarak dapat diukur dengan lebih tepat.

Cara Mengukur Jarak Lurus
Jarak lurus boleh diukur dengan menggunakan jangka tolok, pembaris dan jalur kertas.
Cara Mengukur Jarak Lurus Dengan Menggunakan Jangka Tolok.Cara Pertama : Jangka Tolok
Cara kedua : Guna Jalur kertas
Cara Mengukur Jarak Melengkung
Jarak melengkung boleh diukur dengan menggunakan tepi kertas atau sejalur benang.
Cara Mengukur Jarak Melengkung Dengan Menggunakan Jalur Kertas
Cara Mengukur Jarak Melengkung Dengan Menggunakan Benang.
Menukar Jarak Pada Peta Kepada Jarak Sebenar
-Jarak di antara dua tempat di atas peta dapat diukur dengan menggunakan pembaris. Unit pembaris yang biasanya digunakan ialah sentimeter (cm). Untuk menukarkan jarak di atas peta kepada jarak sebenar, skala lurus digunakan.
Langkah-langkah :
1. Gunakan sebatang pembaris dan padankan nombor 0 pada rumah Devi.
2. Kemudian membaca nombor pada sekolah.
3. Jarak di atas peta darirumah Devi ke sekolah ialah 4.5 cm.
4. Untuk menukar jarak peta4.5 cm kepada jarak sebenar, letakkan pembaris pada skala lurus di bawah peta. Berdasarkan skala lurus itu, jarak sebenar di antara rumah Devi dengan sekolah ialah 4.5 km.
5. Kalau skala lurus seperti di bawah digunakan di atas peta, jarak di atas peta masih sama 4.5 cm, tetapi jarak sebenar sudah berubah.
Jarak sebenar di antara rumah Devi dengan sekolah menjadi 9 km.
Jarak sebenar di atas bumi ditentukan oleh skala lurus yang digunakan oleh sebuah peta.
Jarak sebenar di atas bumi ditentukan oleh skala lurus yang digunakan oleh sebuah peta.